Khamis, 27 Februari 2020

BBM3410Satu: Model Penceritaan Nilai Sosial Kanak-kanak

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

(1) Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti


Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai


Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Sinopsis

Keluarga adalah kelompok yang sangat penting kepada setiap individu. Setiap orang akan mempunyai keluarga. Sejak kanak-kanak lagi kita bersama keluarga yang mana mereka. Ibu bapa sangat mempengaruhi pembesaran dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa menjadi keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka sewaktu masih kecil. Kanak-kanak mendapat pendidikan awal dari rumah. Mereka akan mengikuti perlakuan dan tindakan ibu bapa yang mereka selalu lihat. Oleh itu, benarlah ibu bapa yang membentuk setiap kanak-kanak itu. Kita semua mendapat kasih sayang pertama daripada ibubapa. Ketua keluarga adalah ayah dan permaisuri rumah iaitu ibu yang sentiasa memberi seri dalam sebuah keluarga.

Sebagai seorang anak yang baik, kita mesti menjaga adab dan etika di mana-mana sahaja berada. Ibu bapa telah banyak mengajar kita adab yang baik. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua, menghormati guru dan rakan-rakan. Ibu bapa sangat bahagia apabila melihat anak mereka mempunyai budi dan sopan santun. Oleh itu, jagalah kelakuan di mana-mana sahaja kita berada.

Keluarga adalah tempat kita bergantung, tempat meminta kasih sayang, tempat mengadu masalah dan tempat berkongsi ceria. Kakak dan abang menjadi tempat berkongsi masalah. Mereka yang lebih tua lebih mengetahui cara menyelesaikan masalah. Mereka juga adalah individu yang lebih rapat dengan kita dan lebih memahami perasaan kita.








Isnin, 24 Februari 2020

BBM3410Satu2020: Blanket test

1. Apakah itu keseimbangan?
 Keseimbangan adalah merujuk kepada ruang dalam foto atau ruang video. Seimbang juga diterima apabila grafik dapat disampaikan dengan baik. (1m)


2. Apakah kesesuaian?
 Grafik yang sesuai dengan latar. (1m)

BBM3410Satu2020: Hasil markah asas grafik



Assalamualaikum wbt kepada semuanya. Hari ini kumpulan kami iaitu lenggang-kangkung production telah mendapat kembali tugasan asas grafik yang telah diberikan oleh Prof. Normaliza binti Abd Rahim. Beliau telah menyemak dan menilai tugasan kami dan memberikan 3 bintang kepada kami. Walaupun kami hanya mendapat tiga bintang, namun kami bangga kerana menghasilkan tugasan ini dengan kerjasama yang baik.








BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

1.Long Shot









2. Medium Shot



3. Portrait







4. Mug Shot



Thalhah




Syahrudin




Azmil




Nieza




Suriyati




Wais




Izzat





Nina




Sabrina




Adila


5. Close-up











Khamis, 20 Februari 2020

Cerita sosial 2 yang bertajuk 'saya yang istimewa'  dalam buku kajian wacana dan strategi komunikasi karya Normaliza Abd Rahim (2019).  Cerita ini mengisahkan tentang Alim dan keluarganya Alim. Bapa Alim tahu anak-anaknya sangat menyukai buah-bauahan. Bapa Alim pergi ke pasar tani untuk membeli buah-buahan kepada mereka semua. Selepas membeli buah-buahan, bapa Alim pulang ke rumah untuk berkumpul dengan keluarga.

 Bapa Alim memanggil abang Imran, kak Madinah, Alim dan Aisyah untuk menjamu buah-buahan. Terdapat buah rambutan, buah durian, buah manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Alim dan abang teruja melihat banyak buah-buahan yang ayah beli. Alim bertanya kepada ayah di manakah ayahnya membeli buah-buahan itu.

Ibu menyediakan bakul untuk tempat membuang kulit buah-buahan yang telah dimakan nanti. Ibu menyuruh Alim mengambil plastik sampah. Ibu berpesan supaya jangan makan bersepah. Selepas itu, Alim menanyakan ibu bahawa dia ingin memberikan Sulaiman sedikit buah-buahan. Sulaiman merupakan jiran mereka.

Ibu memberitahu Alim bahawa Sulaiman ada di rumah. Alim terus pergi ke rumah Sulaiman untuk memberi buah-bauahan. Mama Sulaiman sangat gembira dan memuji kebaikan Alim. Alim selalu ingat pesan ibunya supaya sentiasa baik kepada semua orang. 


RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2014). Wacana Bahasa Terengganu. Penerbit UMT


BBM3410Satu2020: Keluarga saya







Assalamualaikum wbt, saya Syahrudin Bin Selamat. Saya sangat bersyukur kerana telah dilahirkan di muka bumi ini. Saya merasa sangat beruntung kerana dilahirkan dengan sembilan orang adik-beradik. Saya tinggal di Kampung Sentosa Batu 10, Sandakan, Sabah. Adik-beradik yang ramai membuatkan diri saya kaya dengan kasih sayang. Ibubapa saya bukan lah  orang yang kaya dengan harta. Memang begitulah lumrah hidup di kampung jauh daripada kesedaran dalam pelajaran. Masyarakat kampung saya begitu miskin. Pekerjaan utama di kampung saya adalah nelayan sepenuh masa. Ayah saya juga merupakan seorang nelayan sepenuh masa manakala ibu saya hanya seorang suri rumah Saya tahu bukan senang seorang ayah membesarkan sembilan orang anak dalam keadaan kewangan yang tidak mencukupi. Hasil pernikahan ibu dan ayah saya lahirlah empat orang anak perempuan dan lima orang anak lelaki. Kami semua membesar dalam kehidupan sederhana dan kadang kala boleh dikatakan sulit juga. Ayah saya sedar bahawa pelajaran sangat penting untuk keluarga kami. Pendidikan mampu mengubah hidup kami ke arah yang lebih baik.

Kami semua mendapat pendidikan di sekolah dan ada yang sehingga peringkat Universiti. Kakak dan abang-abang saya semua memasuki asrama semasa mereka bersekolah. Hal ini dapat menjimatkan belanja persekolahan malah terdapat faedah yang lebih besar kepada mereka. Kami semua diajar untuk berdikari dan hidup berjauhan dengan keluarga. Kami diajar untuk jangan pernah putus asa terutamanya berkaitan dengan pelajaran. Kami semua maklum bahawa ayah kami tidak pernah putus asa dalam membesarkan kami sembilan orang.

Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa, yang Maha Kuasa, yang Maha Pemurah. Keluarga saya sekarang lebih maju ke arah yang lebih baik. Kami semua mendapat pendidikan dan berpeluang memasuki Universiti. Sekarang, abang saya sudah menjadi guru di sekolah menengah dan kakak saya menjadi guru di sekolah rendah. Empat orang adik-beradik sudah mendapat gelar ijazah sarjana muda dan seorang mendapat diploma kejuruteraan. Akhir kata, saya sangat sayang dengan keluarga saya.

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

SYAHRUDIN BIN SELAMAT 198085

Isnin, 17 Februari 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik


Pertama sekali, kumpulan kami telah menyediakan barang-barang yang telah diperlukan untuk membuat tugasan asas grafik ini. Barangan seperti gunting, pisau, reben, mounting board, jam kertas dan yang terpenting iaitu majalah glossy. Pada mula tugasan, kami menggunting majalah untuk mencari huruf dan nombor yang kami perlukan. Kami memulakan dengan mencari grafik berasaskan elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.




Seterusnya, kami menggunting gambar yang terdapat dalam majalah yang telah diluluskan oleh prof Normaliza. Kami juga menggunting dan menggumpulkan huruf dan nombor berkenaan untuk tugasan ini.




Proses seterusnya, kami menyusun nama dan nombor matrik setiap daripada kami. Kami menyusun bahan yang telah kami gunting di tengah-tengah meja. Proses ini memakan masa yang lama untuk mencukupkan huruf dan nombor yang kami perlukan. Proses terakhir dalam menghasilkan tugasan ini adalah dengan menggabungkan 6 mounting board dengan grafik berasaskan elemen mudah, warna, teks, keseimbangan dan kesesuaian. 




Ini adalah hasil kerja kumpulan kami iaitu produksi Lenggang Kangkung. Kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami telah menghantar tugasan ini  ke bilik prof Normaliza. Sekian Terima Kasih.

BBM3410Satu2020:Blanket Test (soalan yang dijawab)

Assalamualaikum. Kelas multimedia dalam bahasa yang telah dijalankan pada hari Isnin bersamaan 17 Februari pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari. Kelas dan kerja dijalankan bertempat di bilik Asraf FBMK. Berikut ialah 4 soalan yang telah kumpulan saya iaitu kumpulan 5 ataupun nama sebenarnya Lenggang Kangkung produksi.

soalan pertama
Apakah itu keseimbangan dalam asas grafik?
- Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto iaitu ruang di kiri dan kanan atau atas dan bawah.


soalan kedua
Rules of thirds muka surat berapa?
-muka surat 80


soalan ketiga
Apakah asas grafik yang terdapat dalam gambar di hadapan?
-warna yang sesuai


soalan keempat
Jelaskan asas grafik yang anda lihat dalam gambar?
-Keseimbangan, jambatan di tengah-tengah, bahagian atas dan bawah gambar diseimbangkan dengan adanya tompokan awan dan jambatan panjang.

Jumaat, 14 Februari 2020

BBM3410satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Alim mempunyai dua nenek dan dua datuk. Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang dan sebelah bapa Alim tinggal di Melaka. Alim mempunyai ibu, bapa dan adik-beradik. Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan nenek dan datuk. Alim juga sangat suka pulang ke kampung untuk melihat ayam dan itik yang tiada dilihatnya di bandar. keluarga Alim pergi balik ke kampung untuk berjumpa nenek dan datuk. Perjalanan mereka mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kampung tersebut.

Setelah sampai di kampung, Alim terus berjumpa nenek dan datuknya. Selepas itu, dengan segera dia pergi ke reban untuk melihat ayam dan itik. Dia berasa sedih kerana dalam reban yang dilihatnya hanyalah reban kosong tanpa ada ayam mahupun itik. Nenek dan datuknya melihat Alim menangis di tepi reban. Selepas itu, nenek menunjukkan reban baharu kepada Alim yang terletak 50 meter dari reban lama. Lantas Alim pergi ke reban baharu itu. Dia berasa gembira dan melihat ayam dan itik di reban itu.

Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim naik ke rumah nenek dan datuk. Alim terkejut dan keliru melihat sekeliling rumah berubah keadaannya. Alim terus sedih melihat perubahan rumah nenek dan datuk. Nenek menceritakan kepada Alim tentang perkakas rumah yang baharu dan cuba memujuk Alim. Selepas itu, mereka sedar kesedihan Alim pada hari itu. Ibu, bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah bersama-sama meluangan masa dengan Alim. Mereka menonton televisyen dan Alim mula tidak sedih lagi.

Khamis, 13 Februari 2020

BBM3410Satu2020:Penulisan Blog

Normaliza Abd Rahim(2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatnya lebih menarik.
4. memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. kaitan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

ULASAN

Menurut Normaliza Abd Rahim(2014), beliau menggariskan 10 cara menulis blog dengan baik. Pertama sekali, tajuk blog perlulah menarik perhatian pembaca. Tajuk sangat mempengaruhi keseluruhan sesuatu penulisan. Sebagai contoh, sebuah buku ditulis berdasarkan tajuk buku tersebut. Tidak dinafikan bahawa ramai pembaca yang hanya melihat tajuk sesuatu tulisan untuk mereka membuat keputusan sama ada ingin membaca ataupun tidak penulisan itu. Penulisan yang baik juga  mempunyai cerita yang dapat menarik hati pembaca. Penulisan ini iaitu cerita yang berunsurkan emosi seperti cerita sedih, seram, pengorbanan dan juga cinta. Penulisan yang baik juga perlunya ada unsur humor dan sememangnya menarik untuk dibaca. Unsur humor membolehkan minat pembaca kembali dan pembaca tidak bosan dengan apa yang dibaca. Seterusnya, penulis blog mesti memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan. Pembaca semestinya ingin mendapatkan pengetahuan daripada pembacaan mereka. Oleh itu, setiap penulisan yang mempunyai fakta perlu dibahaskan dengan professional. Penulis blog juga akan lebih baik dengan mengaitkan penulisan mereka dengan berita terkini. Sebagai contohnya, kejadian jerebu yang mencemarkan kualiti udara sebahagian besar kawasan Malaysia. Isu ini boleh dibahaskan oleh penulis blog yang lebih faham dan mengetahui banyak maklumat tentang isu ini. Oleh hal yang demikian, pembaca akan memperolehi maklumat baharu mengenai isu tersebut. Penulisan dalam blog juga mesti dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Hal ini sangat penting supaya pembaca dapat memahami apa yang mereka baca. Selain itu, penulisan blog perlu dapat berkomunikasi dengan pembaca. Pembaca dapat memahami perkara yang ingin disampaikan oleh penulis yang dapat menarik minat si pembaca. Penulisan yang baik juga boleh memasukkan nilai moral dan estetika. Oleh itu, penulisan akan menjadi bacaan umum yang boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan lapisan umur. Penulis blog juga mestilah seorang yang berilmu dalam menulis berkenaan pendidikan dan sebagainya. Penulis juga perlu membuat ulangkaji dan pembelajaran kendiri untuk menambah ilmu pengetahuan mereka.


rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writting: Embracing the Technology.     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim(2019). Eh!! Media Sosial :Universiti Malaysia Terengganu,  Kuala Nerus Terengganu.

BBM3410satu2020: Tentang diri

 


Nama saya Syahrudin bin Selamat. Saya berasal dari Kampung Sentosa, Batu 10, Sandakan, Sabah. Saya dilahirkan pada 1 Disember 1998. Saya merupakan anak ketujuh daripada sembilan orang adik-beradik. Semasa saya berumur 6 tahun, saya belajar di taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) Kampung Sentosa, batu 10, Sandakan. 

Seterusnya, saya meneruskan pelajaran di peringkat sekolah rendah. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak selama 6 tahun. Saya belajar di sekolah kebangsaan Ladang Sandak iaitu dari tahun 2005 hingga tahun 2010. Saya berjaya menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Saya melanjutkan pelajaran peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Bestari. Saya bersekolah di sekolah ini dari tahun 2011 hingga 2015. Sepanjang belajar di sekolah Elopura, saya banyak belajar benda baharu. Saya juga dapat mengikuti aktiviti-aktiviti yang saya minati. Saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun 2015.

Semasa berada di peringkat tingkatan 6, saya masih bersekolah di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Bestari yang tercinta. Saya belajar selama 3 semester di tingkatan 6. Saya berjaya lulus dengan baik dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Seterusnya, saya menyambung pengajian saya di Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang. Saya mengambil program Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu selama tiga setengah tahun. 


MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...