Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk
Alim mempunyai dua nenek dan dua datuk. Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang dan sebelah bapa Alim tinggal di Melaka. Alim mempunyai ibu, bapa dan adik-beradik. Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan nenek dan datuk. Alim juga sangat suka pulang ke kampung untuk melihat ayam dan itik yang tiada dilihatnya di bandar. keluarga Alim pergi balik ke kampung untuk berjumpa nenek dan datuk. Perjalanan mereka mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kampung tersebut.
Setelah sampai di kampung, Alim terus berjumpa nenek dan datuknya. Selepas itu, dengan segera dia pergi ke reban untuk melihat ayam dan itik. Dia berasa sedih kerana dalam reban yang dilihatnya hanyalah reban kosong tanpa ada ayam mahupun itik. Nenek dan datuknya melihat Alim menangis di tepi reban. Selepas itu, nenek menunjukkan reban baharu kepada Alim yang terletak 50 meter dari reban lama. Lantas Alim pergi ke reban baharu itu. Dia berasa gembira dan melihat ayam dan itik di reban itu.
Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim naik ke rumah nenek dan datuk. Alim terkejut dan keliru melihat sekeliling rumah berubah keadaannya. Alim terus sedih melihat perubahan rumah nenek dan datuk. Nenek menceritakan kepada Alim tentang perkakas rumah yang baharu dan cuba memujuk Alim. Selepas itu, mereka sedar kesedihan Alim pada hari itu. Ibu, bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah bersama-sama meluangan masa dengan Alim. Mereka menonton televisyen dan Alim mula tidak sedih lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan