Jumaat, 12 Jun 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)5

Assalamualaikum wbt sobat. Hari ini kembali lagi saya bahaskan tentang perilaku Alim yang boleh kita ambil sebagai contoh. Ini merupakan cerita sosial 5 yang merupakan cerita yang kelima untuk Alim. Di sini saya akan menyenaraikan 3 nilai yang boleh kita pelajari dalam cerita sosial 5 ini. Jom sama-sama kita baca dan enjoy sahaja dengan penulisan saya ya guys.. Sayang kamu semua...



       Hai semua, gambar di atas menunjukkan 3 nilai yang kita boleh praktikan dalam kehidupan harian kita. Nilai pertama dalam cerita ini ialah suka berkongsi. Sebagai orang yang baik, kita mesti mempunyai sifat suka berkongsi. Sebagai contoh berkongsi ilmu iaitu tidak kedekut ilmu dan mengajarkan ilmu yang kita ada kepada orang yang bertanya. Kedua, nilai dalam yang saya dapat dalam cerita ini adalah pemurah. Alim seorang yang pemurah. Kita disuruh supaya tidak kedekut dalam membantu orang lain dari segi kewangan dan makanan. Nilai ketiga ialah mendoakan kebaikan. Kita mesti mendoakan kebaikan kepada seseorang seperti orang sakit ataupun orang yang berbuat baik. Kita juga perlu mendakan seseorang yang jahat agar dia diberi petunjuk ke arah insan yang lebih baik.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...