Khamis, 13 Februari 2020

BBM3410Satu2020:Penulisan Blog

Normaliza Abd Rahim(2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatnya lebih menarik.
4. memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. kaitan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

ULASAN

Menurut Normaliza Abd Rahim(2014), beliau menggariskan 10 cara menulis blog dengan baik. Pertama sekali, tajuk blog perlulah menarik perhatian pembaca. Tajuk sangat mempengaruhi keseluruhan sesuatu penulisan. Sebagai contoh, sebuah buku ditulis berdasarkan tajuk buku tersebut. Tidak dinafikan bahawa ramai pembaca yang hanya melihat tajuk sesuatu tulisan untuk mereka membuat keputusan sama ada ingin membaca ataupun tidak penulisan itu. Penulisan yang baik juga  mempunyai cerita yang dapat menarik hati pembaca. Penulisan ini iaitu cerita yang berunsurkan emosi seperti cerita sedih, seram, pengorbanan dan juga cinta. Penulisan yang baik juga perlunya ada unsur humor dan sememangnya menarik untuk dibaca. Unsur humor membolehkan minat pembaca kembali dan pembaca tidak bosan dengan apa yang dibaca. Seterusnya, penulis blog mesti memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan. Pembaca semestinya ingin mendapatkan pengetahuan daripada pembacaan mereka. Oleh itu, setiap penulisan yang mempunyai fakta perlu dibahaskan dengan professional. Penulis blog juga akan lebih baik dengan mengaitkan penulisan mereka dengan berita terkini. Sebagai contohnya, kejadian jerebu yang mencemarkan kualiti udara sebahagian besar kawasan Malaysia. Isu ini boleh dibahaskan oleh penulis blog yang lebih faham dan mengetahui banyak maklumat tentang isu ini. Oleh hal yang demikian, pembaca akan memperolehi maklumat baharu mengenai isu tersebut. Penulisan dalam blog juga mesti dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Hal ini sangat penting supaya pembaca dapat memahami apa yang mereka baca. Selain itu, penulisan blog perlu dapat berkomunikasi dengan pembaca. Pembaca dapat memahami perkara yang ingin disampaikan oleh penulis yang dapat menarik minat si pembaca. Penulisan yang baik juga boleh memasukkan nilai moral dan estetika. Oleh itu, penulisan akan menjadi bacaan umum yang boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan lapisan umur. Penulis blog juga mestilah seorang yang berilmu dalam menulis berkenaan pendidikan dan sebagainya. Penulis juga perlu membuat ulangkaji dan pembelajaran kendiri untuk menambah ilmu pengetahuan mereka.


rujukan
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writting: Embracing the Technology.     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim(2019). Eh!! Media Sosial :Universiti Malaysia Terengganu,  Kuala Nerus Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...