Khamis, 27 Februari 2020

BBM3410Satu: Model Penceritaan Nilai Sosial Kanak-kanak

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

(1) Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti


Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai


Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Sinopsis

Keluarga adalah kelompok yang sangat penting kepada setiap individu. Setiap orang akan mempunyai keluarga. Sejak kanak-kanak lagi kita bersama keluarga yang mana mereka. Ibu bapa sangat mempengaruhi pembesaran dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa menjadi keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka sewaktu masih kecil. Kanak-kanak mendapat pendidikan awal dari rumah. Mereka akan mengikuti perlakuan dan tindakan ibu bapa yang mereka selalu lihat. Oleh itu, benarlah ibu bapa yang membentuk setiap kanak-kanak itu. Kita semua mendapat kasih sayang pertama daripada ibubapa. Ketua keluarga adalah ayah dan permaisuri rumah iaitu ibu yang sentiasa memberi seri dalam sebuah keluarga.

Sebagai seorang anak yang baik, kita mesti menjaga adab dan etika di mana-mana sahaja berada. Ibu bapa telah banyak mengajar kita adab yang baik. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua, menghormati guru dan rakan-rakan. Ibu bapa sangat bahagia apabila melihat anak mereka mempunyai budi dan sopan santun. Oleh itu, jagalah kelakuan di mana-mana sahaja kita berada.

Keluarga adalah tempat kita bergantung, tempat meminta kasih sayang, tempat mengadu masalah dan tempat berkongsi ceria. Kakak dan abang menjadi tempat berkongsi masalah. Mereka yang lebih tua lebih mengetahui cara menyelesaikan masalah. Mereka juga adalah individu yang lebih rapat dengan kita dan lebih memahami perasaan kita.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...