Khamis, 5 Mac 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahman (2019), keputusan dan perbincangan blog ini terbahagi kepada tiga iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Berdasarkan graf 6.1 yang diberi menunjukkan persektif responden lelaki dan wanita terhadap genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen , skrip drama dan pantun . Hasil yang dapat dilihat untuk genre puisi adalah 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden wanita) yang menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Peratus menujukkan wanita lebih suka menulis puisi dalam blog berbanding lelaki. Responden menulis puisi dalam blog berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang. Responden juga dilihat gembira menulis dalam bahasa pilihan, blog merupakan platform yang sesuai untuk tujuan ini . Untuk cerpen pendek sebanyak 86.7% (26 responden lelaki dan 96.7% responden wanita) menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek. Keputusan menunjukkan peratusan wanita lebih tinggi daripada pertusan lelaki. Responden juga mengatakan bahawa cerpen pendek sebahagian besarnya adalah tentang cerita kanak-kanak kerana ia menarik dan mudah untuk difahami. Oleh itu, imaginasi responden mampu meningkatkan motivasi mereka terhadap keyakinan di dalam setiap penulisan.Seterusnya untuk penulisan skrip adalah sebanyak 76.3% untuk responden lelaki dan sebanyak 93.3% untuk responden wanita . Hal ini kerana wanita lebih berminat berkongsi idea dan pandang dalam menulis skrip berbanding dengan lelaki.

Penulisan blog dalam pembelajaran bahasa dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden . Melalui responden pembelajaran bahasa boleh dipelajari berdasarkan penulisan surat , meluahkan perasaan dan melaui pemikiran kritis daripada blog . Bgi penulisan surat sebanyak 80% untuk lelaki dan 83% untuk wanita. Hal ini kerana wanita lebih suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa mereka. Menulis di dalam blog adalah cara untuk meluahkan perasaan sebanyak 66.7% untuk lelaki dan 100% untuk wanita. Hal ini kerana responden wanita lebih bersikap sentimental berbanding dengan responden lelaki. Menulis teka-teki pula sebanyak 93.3% dan 96.7% untuk responden wanita. Hai ini kerana mereka suka menulis teka teki disebabkan banyak komen diperoleh dari pembaca.

Penulisan blog dalam pembelajaran teknlogi terbahagi kepada tiga iaitu video, audio dan foto. Berdasarkan video sebanyak 100% responden lelaki dan wanita. Hal ini kerana memasukkan video ke dalam blog, ia dapat memberi kepuasan kepada mereka. Bagi audio pula, sebanyak 100% untuk responden lelaki dan wanita. Oleh hl yang demikian,rresponden lebih berminat dengan audio kerana kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka . Bagi gambar pula sebanyak 93% responden lelaki dan 100% responden wanita. Hal ini kerana wanita lebih gemar menggunakan telefon bimbit mengambil gambar dan menghanarnya terus ke blog. Responden menyatakan bahawa memuat turun gambar melalui telefon bimbit lebih mudah berbanding dengan komputer.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahman (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...