Ini adalah video kedua lenggang-lenggang kangkung production. Video ini memaparkan jenis-jenis flatlay iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay.
Selasa, 17 Mac 2020
VIDEO PEMBENTANAGAN 1
https://youtu.be/0y6fXhgVe3U
Assalamualaikum, ini adalah video pembentangan yang pertama untuk kumpulan kami lenggang-lenggang kangkung production. Dalam video ini memaparkan jenis-jenis shot seperti siluet, pendua, bayangan dan lain-lain lagi. Setiap jenis shot terdiri daripada 3 gambar yang berlainan.
Assalamualaikum, ini adalah video pembentangan yang pertama untuk kumpulan kami lenggang-lenggang kangkung production. Dalam video ini memaparkan jenis-jenis shot seperti siluet, pendua, bayangan dan lain-lain lagi. Setiap jenis shot terdiri daripada 3 gambar yang berlainan.
Jumaat, 6 Mac 2020
MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
Menurut kajian Normaliza Abd Rahim
& Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) di mana pelajar di sekolah
bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan
mereka. Kajian tersebut bakal bantu pengajar dan pengguna cerita pendek
Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif. Bagi pengajar, cerita
pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu
dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Para pengajar boleh membenarkan
pelajar menggunakan teknologi baharu dalam berkongsi pengetahuan kepada orang
orang lain dengan mencipta aura positif dalam video. Dengan cara ini, aura
positif dapat difahami oleh pengguna yang lain. Selain itu, kajian tersebut
akan menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan
cara yang betul. Pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai
ketika merakam video dan gambar. Dengan cara ini, pengikut akan faham mesej
yang ditinggalkan oleh pengguna. Adalah diharap kajian lanjut akan fokus
terhadap cerita pendek Instagram dari segi nilai dalam kalangan pelajar
universiti.
Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahman (2019), Eh!!!
Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)
VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacarna kepada beberapa unsur iaitu makro dan mikro, kawalan kuasa, kawalan wacana awam dan kawalan pemikaran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global dari suatu teks yang dapat diamati serta dari topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan lentang kerangka teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna tempatan daripada teks yang dapat diperhatikan daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang digunakan oleh teks.
Struktur Makro
Makna global dari suatu teks yang dapat diamati daripada topik / tema satu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti hagian perlahulan, isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makria lokal dari suat u teks yarng dapat diperhatikan Dari pilihan kata, kalimat dan gaya yang digunakan oleh satu teks.
Rajah 1: Analisis Kritikan Wacana Analisis oleh vanDijk (1977)
Fairclough (1995) pulamenitikatik teoritis analisis kritis analisis Rajah 2) dalam menganalisis data. Analisis wacana kritis oleh Fairclough (19951 dibahagi kepada "ga elenven iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis dan analisis praktis sosial. Analisis tekstual dianalisis dari aspek tatabahasa yang difokuskan kepada tema, leksikal yang juga berfokus kepada metafora dan kohesi iaitu mengenai pengulangan dan konjunsi. Analisis wacana analisis juga dianalisis melalui intertektualiti seperti pra-sekian, metawacana dan penafian manakala interdiskusi dianalisis melalui naratif, perbahasan, ekspositori dan luahan. Elemen ketiga iaitu analisis praktis sosial dianalisis melalui aspek ekonomi, pendidikan dan politik.
Khamis, 5 Mac 2020
TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)
Taksonomi Strategi Komunikasi
oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengelakan atau
Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
Achievement or Compensatory
Strategies
Pencapaian atau strategi
Pampasan
3. Parafrasa
4.Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua
tujuan
6. Cipta perkataan baharu
(Word-Coinage)
7. Penstrukturan
semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan,
penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appreal for help Stalling
Stalling or Time-gaining
Strategies
Penangguhan atau Strategi
Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang
tiada makna/ Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)
Rajah 7: Taksonomi Strategi
Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Taksonomi
strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah7) mempunyai 12
taksonomi dalam strategi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau
peninggalan mesej, pengelakan tolik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan
perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau
penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan,
pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan
dan akhir sekali penggunaan perkataan
yang tiada makna dan strategi petanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi
strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan,
pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi penambahan
waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak
langsung dan strategi interaksi.
Taksonomi
Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan
mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah
ayat manakala pengekalan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik
oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada
penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata
manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantic yang
hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan
perkataan semua tujuan bermaksudpenggunaan item leksikal umum untuk menggantikan
perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu
meruakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikel bahasa sasaran. kosa
kata manakala perpampiran adalah penggunaan kata yang mempunyai semantik yang
hampir sama dengan kata sasaran. Penstrukturan semula pula adalah peninggalan
mesej yang disebabkan oleh bahasa kekangan, menyambung mesej dengan mengubah
dari struktur asal ayat. Terjemahan
literal adalah terjemahan sesuatu kata, bahasa atau struktur sesuatu bahasa
kepada bahasa sasaran. Seterusnya,
pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubahsuai
secara fonologi atau morphologi ke bahasa sasaran dan kod pertukaran bermaksud
penggunaan kata atau frasa dari bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan kata yang tidak dapat difahami
atau digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa-apa
perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.
Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone
(1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott
(1997) mendapati bahawa terdapat penaikbaik dan dicadangkan dengan strategi
baru. Oleh itu, kajian ini telah merujuk
kepada komunikasi strategi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi
yang baru. Pendekatan strategi kounikasi
yang baru ini telah terbukti dengan kajian dalam buku ini. Pendekatan strategi yang baru merujuk kepada
singkatan, penafiarvpercanggahan, persoalan, perujuk, imaginasi dan
kesopanan. Enam strategi ini tidak
terdapat dalam komunikasi strategi oleh Tarone 11977), Faerch & Kasper (19831,
Johnstone (1989 dan Dornyei & Scott (19971). Strategi komunikasi ini
dilihat sesuai dengan kajian yang dilakukan.
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonoi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian/peninggalan mesej. Kedua, pengelakan topik, parafrasa, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, cipta perkataan baharu. Seterusnya, penstrukturan semula, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod. Strategi komunikasi yang seterusnya iaitu meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan. Terakhir penangguhan perkataan yang tiada makna.

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahman (2019), keputusan dan perbincangan blog ini
terbahagi kepada tiga iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan
pembelajaran multimedia. Berdasarkan graf 6.1 yang diberi menunjukkan persektif
responden lelaki dan wanita terhadap genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen
, skrip drama dan pantun . Hasil yang dapat dilihat untuk genre puisi adalah
66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden wanita) yang menyatakan
bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Peratus menujukkan
wanita lebih suka menulis puisi dalam blog berbanding lelaki. Responden menulis
puisi dalam blog berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang. Responden juga
dilihat gembira menulis dalam bahasa pilihan, blog merupakan platform yang
sesuai untuk tujuan ini . Untuk cerpen pendek sebanyak 86.7% (26 responden
lelaki dan 96.7% responden wanita) menyatakan bahawa blog merupakan medium yang
terbaik untuk menulis cerpen pendek. Keputusan menunjukkan peratusan wanita
lebih tinggi daripada pertusan lelaki. Responden juga mengatakan bahawa cerpen
pendek sebahagian besarnya adalah tentang cerita kanak-kanak kerana ia menarik
dan mudah untuk difahami. Oleh itu, imaginasi responden mampu meningkatkan
motivasi mereka terhadap keyakinan di dalam setiap penulisan.Seterusnya untuk
penulisan skrip adalah sebanyak 76.3% untuk responden lelaki dan sebanyak 93.3%
untuk responden wanita . Hal ini kerana wanita lebih berminat berkongsi idea
dan pandang dalam menulis skrip berbanding dengan lelaki.
Penulisan blog dalam pembelajaran
bahasa dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden
. Melalui responden pembelajaran bahasa boleh dipelajari berdasarkan penulisan
surat , meluahkan perasaan dan melaui pemikiran kritis daripada blog . Bgi
penulisan surat sebanyak 80% untuk lelaki dan 83% untuk wanita. Hal ini kerana
wanita lebih suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa
mereka. Menulis di dalam blog adalah cara untuk meluahkan perasaan sebanyak
66.7% untuk lelaki dan 100% untuk wanita. Hal ini kerana responden wanita lebih
bersikap sentimental berbanding dengan responden lelaki. Menulis teka-teki pula
sebanyak 93.3% dan 96.7% untuk responden wanita. Hai ini kerana mereka suka
menulis teka teki disebabkan banyak komen diperoleh dari pembaca.
Penulisan blog dalam pembelajaran
teknlogi terbahagi kepada tiga iaitu video, audio dan foto. Berdasarkan video
sebanyak 100% responden lelaki dan wanita. Hal ini kerana memasukkan video ke
dalam blog, ia dapat memberi kepuasan kepada mereka. Bagi audio pula, sebanyak
100% untuk responden lelaki dan wanita. Oleh hl yang demikian,rresponden lebih
berminat dengan audio kerana kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka .
Bagi gambar pula sebanyak 93% responden lelaki dan 100% responden wanita. Hal
ini kerana wanita lebih gemar menggunakan telefon bimbit mengambil gambar dan
menghanarnya terus ke blog. Responden menyatakan bahawa memuat turun gambar
melalui telefon bimbit lebih mudah berbanding dengan komputer.
Rujukan:
Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahman (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu:
Universiti Malaysia Terengganu.
Langgan:
Catatan (Atom)
MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)
Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...

-
Nama saya Syahrudin bin Selamat. Saya berasal dari Kampung Sentosa, Batu 10, Sandakan, Sabah. Saya dilahirkan pada 1 Disember 1998...
-
Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) Strategi Pengelakan atau Pengurangan 1. Pengabaian/Peninggalan mesej...