BAHAGIAN A: STRATEGI KESOPANAN
Brown & Levinson
(1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown &
Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori
asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian
kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson
(1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti
kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan
dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson
(1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten
mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk
Kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan
pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif
pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki.
Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan
(Rajah 3): bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record
(tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang
mengancam itu.
STRATEGI
KESOPANAN
|
|
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
|
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya
tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu
tidak keberatan.
|
Kesopanan Negatif
mungkin dia yang mengambil kotak itu,
mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak
diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak
dibenarkan.
|
Off-record
Wah,
semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal
betul harga kasut di sini.
Cantik
baju kamu.
|
Rajah
3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
BAHAGIAN B: Ringkasan cerita sosial 2
Cerita sosial 2 yang bertajuk
'saya yang istimewa' dalam buku kajian wacana dan strategi komunikasi
karya Normaliza Abd Rahim (2019). Cerita ini mengisahkan tentang Alim dan
keluarganya Alim. Bapa Alim tahu anak-anaknya sangat menyukai buah-bauahan.
Bapa Alim pergi ke pasar tani untuk membeli buah-buahan kepada mereka semua.
Selepas membeli buah-buahan, bapa Alim pulang ke rumah untuk berkumpul dengan
keluarga.
Bapa
Alim memanggil abang Imran, kak Madinah, Alim dan Aisyah untuk menjamu
buah-buahan. Terdapat buah rambutan, buah durian, buah manggis, langsat, duku
dan banyak lagi. Alim dan abang teruja melihat banyak buah-buahan yang ayah
beli. Alim bertanya kepada ayah di manakah ayahnya membeli buah-buahan itu.
Ibu menyediakan bakul untuk
tempat membuang kulit buah-buahan yang telah dimakan nanti. Ibu menyuruh Alim
mengambil plastik sampah. Ibu berpesan supaya jangan makan bersepah. Selepas
itu, Alim menanyakan ibu bahawa dia ingin memberikan Sulaiman sedikit
buah-buahan. Sulaiman merupakan jiran mereka. Alim sangat mentaati percakapan
dan suruhan ibunya. Memang Alim seorang anak yang baik.
Ibu memberitahu Alim bahawa
Sulaiman ada di rumah. Alim terus pergi ke rumah Sulaiman untuk memberi
buah-bauahan. Mama Sulaiman sangat gembira dan memuji kebaikan Alim. Alim
selalu ingat pesan ibunya supaya sentiasa baik kepada semua orang. Alim
berkongsi rezeki dengan orang lain. Dia tidak ingin merasakan kegembiraan
berseorangan. Dia suka berkongsi apa sahaja kebaikan yang dia perolehi dengan orang
di sekelilingnya.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media
Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan