Jumaat, 6 Mac 2020

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM



Manfaat penggunaan instagram





Menurut kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) di mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan mereka. Kajian tersebut bakal bantu pengajar dan pengguna cerita pendek Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif. Bagi pengajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Para pengajar boleh membenarkan pelajar menggunakan teknologi baharu dalam berkongsi pengetahuan kepada orang orang lain dengan mencipta aura positif dalam video. Dengan cara ini, aura positif dapat difahami oleh pengguna yang lain. Selain itu, kajian tersebut akan menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video dan gambar. Dengan cara ini, pengikut akan faham mesej yang ditinggalkan oleh pengguna. Adalah diharap kajian lanjut akan fokus terhadap cerita pendek Instagram dari segi nilai dalam kalangan pelajar universiti.

Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahman (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...