Khamis, 18 Jun 2020

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan Alim. Keluarga Alim yang sangat bahagia.



Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti


Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai


Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terangganu.

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Peta minda watak dan perwatakan



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ahad, 14 Jun 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

1. Twitter mudah untuk diakses ,pantas ,efisyen dan membekalkan informasi terkini manakala Facebook ialah satu alat yang berkesan untuk interaksi pelajaran terutama dalam perbincangan aktiviti .

2. Twitter kelihatan mempunyai lebih aura positif dan kebanyakkannya digunakan oleh individu yang berpendidikan manakala Facebook digunakan pelajar sebagai satu medium untuk berkomunikasi serta penglihatan lebih luas dalam proses pembelajaran .

3. Twitter telah membantu ramai orang dengan memudahkan kerja harian mereka manakala Facebook membantu guru menggabungkan suruhan dalam talian teknik mengajar konvensional iaitu secara bersemuka dengan jayanya .

4. Twitter juga membantu dalam menggunakan perbendaharaan kata dan struktur ayat yang betul manakala Facebook memudahkan pembangunan satu komuniti dalam talian pelajar-pelajar bahasa Inggeris .

5. Twitter membimbing pengguna aplikasi tersebut dengan cara yang betul manakala Facebook merupakan salah satu alat pembelajaran yang berpengaruh untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti berasaskan bahasa yang bermakna dan meningkatkan perkembangan kecekapan berkomunikasi dalam pelajar bahasa .

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.

Jumaat, 12 Jun 2020

AKTIVITI BAB 8 IMPLIKASI PEDAGOGI

Assalamualaikum semua, kembali lagi sobat. Ini adalah aktiviti bab 8 yang telah ditugaskan kepada kami. Terima kasih semua sahabat yang telah membaca..Muahhh







Rujukan:

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)5

Assalamualaikum wbt sobat. Hari ini kembali lagi saya bahaskan tentang perilaku Alim yang boleh kita ambil sebagai contoh. Ini merupakan cerita sosial 5 yang merupakan cerita yang kelima untuk Alim. Di sini saya akan menyenaraikan 3 nilai yang boleh kita pelajari dalam cerita sosial 5 ini. Jom sama-sama kita baca dan enjoy sahaja dengan penulisan saya ya guys.. Sayang kamu semua...



       Hai semua, gambar di atas menunjukkan 3 nilai yang kita boleh praktikan dalam kehidupan harian kita. Nilai pertama dalam cerita ini ialah suka berkongsi. Sebagai orang yang baik, kita mesti mempunyai sifat suka berkongsi. Sebagai contoh berkongsi ilmu iaitu tidak kedekut ilmu dan mengajarkan ilmu yang kita ada kepada orang yang bertanya. Kedua, nilai dalam yang saya dapat dalam cerita ini adalah pemurah. Alim seorang yang pemurah. Kita disuruh supaya tidak kedekut dalam membantu orang lain dari segi kewangan dan makanan. Nilai ketiga ialah mendoakan kebaikan. Kita mesti mendoakan kebaikan kepada seseorang seperti orang sakit ataupun orang yang berbuat baik. Kita juga perlu mendakan seseorang yang jahat agar dia diberi petunjuk ke arah insan yang lebih baik.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu



ANIMASI DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum wbt. hari ini 12 hb Jun. Kami menjalani kelas amali seperti biasa. Kami diberikan tugasan dan menulis blog berkenaan tugasan ini. hehehe. Ini lah dia apa yang saya faham mengenai animasi, drama dan filem. Ini hanyalah nota ringkas yang sangat ringkas.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Khamis, 4 Jun 2020

AKTIVITI BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA










Rujukan :
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti     Malaysia Terengganu.




CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 4


Cerita sosial 4 (nilai murni)

                Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Alim merupakan seorang yang sangat menghormati ibu bapa. Setiap hari Alim mencium tangan ibu dan ayahnya sebelum pergi ke sekolah. Ibunya sangat mencintai Alim kerana Alim begitu hormat dengan orang tua. Sikap Alim patut dicontohi oleh anak-anak sekarang. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka bermula dari kecil lagi supaya mereka dapat mengikuti nilai kelakuan ibu bapa.
                Alim juga seorang yang pandai berdikari. Dia sudah pandai mengemas rumah walaupun masih kanak-kanak. Dia mengemas bilik dan katilnya setiap hari termasuk waktu persekolahan. Tindakan Alim ini menunjukkan dia adalah kanak-kanak yang berdisiplin. Aktiviti Alim ini telah menjadi rutin hariannya. Secara tidak langsung Alim sudah meringankan beban kerja ibunya di rumah.
                Seterusnya, Alim juga kanak-kanak yang taat kepada cikgunya di sekolah. Dia diajar oleh cikgu Anis tentang jiran, bagaimana menaiki bas dan membeli sayur di pasar. Alim terus melatih ajaran cikgu Anis. Dia membantu ibunya pergi ke pasar untuk membeli sayur. Dia juga belajar membayar sayaur yang telah dia beli. Alim dapat belajar mengenal sayur-sayur yang ada dipasar tani.
                Semasa hari lahir Alim, Alim memberikan kek cawan kepada rakan-rakan kelasnya. Dia suka berkongsi kegembiraan bersama orang lain. Di dalam kelas, Alim disukai oleh rakan-rakannya. Dia mempunyai banyak kawan di sekolah. Cikgu Anis juga suka kepada Alim. Cikgu Anis selalu mendidik Alim nilai-nilai murni dan kerja-kerja kendiri. Alim dapat melatih dan menjalankan ajaran cikgu Anis di sekolahnya.



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

 Assalamualaikum geng. Hari ini mendapat sedikit tugasan daropada Prof Normaliza. berikut adalah nota ringkas berkaitan dengan asas videografi.



Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Khamis, 7 Mei 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial, Terangganu, Universiti Malaysia Terengganu.

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3


          Cerita sosial 3 ini megisahkan satu keluarga yang Bahagia. Watak utama dalam cerita ini adalah Alim. Alim baru berusia 9 tahun. Bapa Alim bernama Ismail. Ibunya bernama Kamilah. Alim juga mempunyai 3 orang beradik iaitu abang Imran, kakak Madinah dan adik Aisyah. Keluarga mereka sangat Bahagia kerana memupuk kasih sayang antara mereka. Nilai yang terdapat dalam cerita ini adalah Alim anak yang rajin.
            Alim menolong ibu dan bapa mengemas rumah setiap hari. Walaupun Alim baru berumur 9 tahun tetapi dia telah pandai menolong keluarganya. Dia tidak seperti anak-anak yang lain yang hanya tahu bermain. Alim sangat mentaati perintah ibu bapanya. Alim suka membantu mengemas mainan adiknya iaitu Aisyah. Alim yang mengemas mainan Aisyah kerana adiknya itu belum pandai mengemas kerana masih kecil.
            Seterusnya, Alim juga belajar menyapu sampah. Alim belajar menyapu dari Abang Imran. Kak Madinah juga menunjukkan cara menyapu yang betul kepada Alim. Kadangkala, Alim gagal menyiapkan kerja menyapunya. Alim meninggalkan kerjanya di tengah-tengah rumah. Alim tidak pandai menyapu lagi. Dia merasa penat dan rimas dengan kerja itu.
            Ibu selalu mengajarkan Alim supaya tetap berkerja keras. Ibu tidak memarahi Alim tetapi ibu menolong Alim dan mengajar Alim untuk menyapu. Ibu Alim pegang tangan Alim dan menyapu sama-sama. Ibu mengatakan Alim anak yang baik dan rajin. Alim tetap senang dengan tunjuk ajar Ibu. Alim berasa bahagia kerana Ibu selalu mengambil berat terhadapnya.








RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2014), Wacana Bahasa, Terengganu, Penerbit UMT.





MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...