Khamis, 7 Mei 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3


          Cerita sosial 3 ini megisahkan satu keluarga yang Bahagia. Watak utama dalam cerita ini adalah Alim. Alim baru berusia 9 tahun. Bapa Alim bernama Ismail. Ibunya bernama Kamilah. Alim juga mempunyai 3 orang beradik iaitu abang Imran, kakak Madinah dan adik Aisyah. Keluarga mereka sangat Bahagia kerana memupuk kasih sayang antara mereka. Nilai yang terdapat dalam cerita ini adalah Alim anak yang rajin.
            Alim menolong ibu dan bapa mengemas rumah setiap hari. Walaupun Alim baru berumur 9 tahun tetapi dia telah pandai menolong keluarganya. Dia tidak seperti anak-anak yang lain yang hanya tahu bermain. Alim sangat mentaati perintah ibu bapanya. Alim suka membantu mengemas mainan adiknya iaitu Aisyah. Alim yang mengemas mainan Aisyah kerana adiknya itu belum pandai mengemas kerana masih kecil.
            Seterusnya, Alim juga belajar menyapu sampah. Alim belajar menyapu dari Abang Imran. Kak Madinah juga menunjukkan cara menyapu yang betul kepada Alim. Kadangkala, Alim gagal menyiapkan kerja menyapunya. Alim meninggalkan kerjanya di tengah-tengah rumah. Alim tidak pandai menyapu lagi. Dia merasa penat dan rimas dengan kerja itu.
            Ibu selalu mengajarkan Alim supaya tetap berkerja keras. Ibu tidak memarahi Alim tetapi ibu menolong Alim dan mengajar Alim untuk menyapu. Ibu Alim pegang tangan Alim dan menyapu sama-sama. Ibu mengatakan Alim anak yang baik dan rajin. Alim tetap senang dengan tunjuk ajar Ibu. Alim berasa bahagia kerana Ibu selalu mengambil berat terhadapnya.








RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2014), Wacana Bahasa, Terengganu, Penerbit UMT.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...