Khamis, 7 Mei 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


1.      Menarik
Asas grafik penting untuk menarik minat semua golongan masyarakat. Setiap grafik yang mengandungi asas grafik yang sesuai akan dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin disampaikan.

2.      Mudah difahami
Asas grafik yang mudah difahami juga sangat penting dalam kalangan masyarakat keseluruhannya. Masyarakat memerlukan apa yang dilihat atau dibaca mudah difahami tanpa berasa ragu-ragu ataupun keliru.

3.      Mesej
Mesej yang ingin disampaikan sangat penting dalam asas grafik. Hal ini kerana setiap apa yang dilihat atau ditonton seharusnya menggambarkan mesej yang ingin disampaikan.

4.      Ketara (predictability)
Ketara merupakan perkara yang penting dalam asas grafik. Foto ataupun video yang dipapar atau ditonton akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah.

5.      Promosi
Asas grafik juga penting dalam memberi kesan yang positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang ingin disampaikan dalam kalangan masyarakat. Promosi akan lebih berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto ataupun video.





RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...