Khamis, 4 Jun 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 4


Cerita sosial 4 (nilai murni)

                Cerita ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Alim. Alim merupakan seorang yang sangat menghormati ibu bapa. Setiap hari Alim mencium tangan ibu dan ayahnya sebelum pergi ke sekolah. Ibunya sangat mencintai Alim kerana Alim begitu hormat dengan orang tua. Sikap Alim patut dicontohi oleh anak-anak sekarang. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka bermula dari kecil lagi supaya mereka dapat mengikuti nilai kelakuan ibu bapa.
                Alim juga seorang yang pandai berdikari. Dia sudah pandai mengemas rumah walaupun masih kanak-kanak. Dia mengemas bilik dan katilnya setiap hari termasuk waktu persekolahan. Tindakan Alim ini menunjukkan dia adalah kanak-kanak yang berdisiplin. Aktiviti Alim ini telah menjadi rutin hariannya. Secara tidak langsung Alim sudah meringankan beban kerja ibunya di rumah.
                Seterusnya, Alim juga kanak-kanak yang taat kepada cikgunya di sekolah. Dia diajar oleh cikgu Anis tentang jiran, bagaimana menaiki bas dan membeli sayur di pasar. Alim terus melatih ajaran cikgu Anis. Dia membantu ibunya pergi ke pasar untuk membeli sayur. Dia juga belajar membayar sayaur yang telah dia beli. Alim dapat belajar mengenal sayur-sayur yang ada dipasar tani.
                Semasa hari lahir Alim, Alim memberikan kek cawan kepada rakan-rakan kelasnya. Dia suka berkongsi kegembiraan bersama orang lain. Di dalam kelas, Alim disukai oleh rakan-rakannya. Dia mempunyai banyak kawan di sekolah. Cikgu Anis juga suka kepada Alim. Cikgu Anis selalu mendidik Alim nilai-nilai murni dan kerja-kerja kendiri. Alim dapat melatih dan menjalankan ajaran cikgu Anis di sekolahnya.



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...