Khamis, 7 Mei 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA



RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial, Terangganu, Universiti Malaysia Terengganu.

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3


          Cerita sosial 3 ini megisahkan satu keluarga yang Bahagia. Watak utama dalam cerita ini adalah Alim. Alim baru berusia 9 tahun. Bapa Alim bernama Ismail. Ibunya bernama Kamilah. Alim juga mempunyai 3 orang beradik iaitu abang Imran, kakak Madinah dan adik Aisyah. Keluarga mereka sangat Bahagia kerana memupuk kasih sayang antara mereka. Nilai yang terdapat dalam cerita ini adalah Alim anak yang rajin.
            Alim menolong ibu dan bapa mengemas rumah setiap hari. Walaupun Alim baru berumur 9 tahun tetapi dia telah pandai menolong keluarganya. Dia tidak seperti anak-anak yang lain yang hanya tahu bermain. Alim sangat mentaati perintah ibu bapanya. Alim suka membantu mengemas mainan adiknya iaitu Aisyah. Alim yang mengemas mainan Aisyah kerana adiknya itu belum pandai mengemas kerana masih kecil.
            Seterusnya, Alim juga belajar menyapu sampah. Alim belajar menyapu dari Abang Imran. Kak Madinah juga menunjukkan cara menyapu yang betul kepada Alim. Kadangkala, Alim gagal menyiapkan kerja menyapunya. Alim meninggalkan kerjanya di tengah-tengah rumah. Alim tidak pandai menyapu lagi. Dia merasa penat dan rimas dengan kerja itu.
            Ibu selalu mengajarkan Alim supaya tetap berkerja keras. Ibu tidak memarahi Alim tetapi ibu menolong Alim dan mengajar Alim untuk menyapu. Ibu Alim pegang tangan Alim dan menyapu sama-sama. Ibu mengatakan Alim anak yang baik dan rajin. Alim tetap senang dengan tunjuk ajar Ibu. Alim berasa bahagia kerana Ibu selalu mengambil berat terhadapnya.








RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2014), Wacana Bahasa, Terengganu, Penerbit UMT.





BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


1.      Menarik
Asas grafik penting untuk menarik minat semua golongan masyarakat. Setiap grafik yang mengandungi asas grafik yang sesuai akan dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin disampaikan.

2.      Mudah difahami
Asas grafik yang mudah difahami juga sangat penting dalam kalangan masyarakat keseluruhannya. Masyarakat memerlukan apa yang dilihat atau dibaca mudah difahami tanpa berasa ragu-ragu ataupun keliru.

3.      Mesej
Mesej yang ingin disampaikan sangat penting dalam asas grafik. Hal ini kerana setiap apa yang dilihat atau ditonton seharusnya menggambarkan mesej yang ingin disampaikan.

4.      Ketara (predictability)
Ketara merupakan perkara yang penting dalam asas grafik. Foto ataupun video yang dipapar atau ditonton akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah.

5.      Promosi
Asas grafik juga penting dalam memberi kesan yang positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang ingin disampaikan dalam kalangan masyarakat. Promosi akan lebih berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto ataupun video.





RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Jumaat, 1 Mei 2020

BBM3410Satu2020: BUKU EH!! MEDIA SOSIAL (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



     Hari ini hampir setiap orang mempunyai media sosial masing-masing. Zaman teknologi seba canggih ini semua menggunkan rangkaian internet. Maklumat dan aktiviti semua boleh dilakukan kerana sekarang zaman dunia dihujung jari. Di sini saya berikan pendapat saya mengenaik media sosial. Lihat gambar di bawah.








Rujukan:  Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



      Assalamualaikum wbt. hari ini saya ingin berkongsi tentang nilai murni yang kita boleh ambil daripada cerita sosial 2 daripada nuku kajian wacana dan strategi komunikasi, teori dan aplikasi, Normaliza Abd Rahim (2019).

      cerita ini mengisahkan keluarga bahagia. Watak dalam cerita ini adalah Alim, abang Imran, Kak Madinah, Aisyah, Ayah dan Ibu. Nilai yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah nilai kebersihan. Ibu menyuruh Alim untuk mengambil plastik sampah ketika mereka sedang menjamu buah-buahan yang telah Ayah beli di Pasar Tani. Ibu tidak mahu sampah berselerak dan Ibu telah mendidik anak-anaknya dari kecil untuk menjaga kebersihan.

     Seterusnya, kita dapat mengikut kelakuan Alim. Alim meminta izin daripada Ibu untuk memberikan sedikit buah-buahan yang dibeli Ayah itu kepada Sulaiman. Oleh itu, kita nampak bahawa Alim tidak ingin merasakan rezeki dan makanan tersebut sendiri. Dia ingin memberi kepada Sulaiman iaitu kawannya. Alim sungguh baik hati kerana suka berkongsi sesama makluk.


     Nilai yang seterusnya ialah tolong menolong. Alim menolong Abang Imran mengemas plastik sampah dan buah-buahan yang mereka habis makanan. Mereka mengemas tempat makan bersama-sama. Walaupun kerja itu tidak berat tetapi adalah lebih bagus kalau dilakukan bersama-sama.








Rujukan:  Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

        Assalamualaikum rakan-rakan semua. Apa itu rule of thirds? nahh kan. Rule of third tu adalah teknik penting dalam fotografi. Maksudnya di sini ia antara ilmu asas untuk menjadi fotografi yang mahir. Anda dipersilahkan lihat post saya di Facebook untuk mengetahui Rule of thirds.hehehe











Rujukan:
Normaliza Abd Rahim.(2019).  Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit UPM



MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...