Jumaat, 1 Mei 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



      Assalamualaikum wbt. hari ini saya ingin berkongsi tentang nilai murni yang kita boleh ambil daripada cerita sosial 2 daripada nuku kajian wacana dan strategi komunikasi, teori dan aplikasi, Normaliza Abd Rahim (2019).

      cerita ini mengisahkan keluarga bahagia. Watak dalam cerita ini adalah Alim, abang Imran, Kak Madinah, Aisyah, Ayah dan Ibu. Nilai yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah nilai kebersihan. Ibu menyuruh Alim untuk mengambil plastik sampah ketika mereka sedang menjamu buah-buahan yang telah Ayah beli di Pasar Tani. Ibu tidak mahu sampah berselerak dan Ibu telah mendidik anak-anaknya dari kecil untuk menjaga kebersihan.

     Seterusnya, kita dapat mengikut kelakuan Alim. Alim meminta izin daripada Ibu untuk memberikan sedikit buah-buahan yang dibeli Ayah itu kepada Sulaiman. Oleh itu, kita nampak bahawa Alim tidak ingin merasakan rezeki dan makanan tersebut sendiri. Dia ingin memberi kepada Sulaiman iaitu kawannya. Alim sungguh baik hati kerana suka berkongsi sesama makluk.


     Nilai yang seterusnya ialah tolong menolong. Alim menolong Abang Imran mengemas plastik sampah dan buah-buahan yang mereka habis makanan. Mereka mengemas tempat makan bersama-sama. Walaupun kerja itu tidak berat tetapi adalah lebih bagus kalau dilakukan bersama-sama.








Rujukan:  Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...