Rabu, 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Pengenalan bab 2


          

      Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)

            Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

            Pada September 2016, terdapat lebih kurang 313 juta pengguna Twitter dalam rangkaian sosial (statisca.com). walau bagaimanapun, Twitter berada di tempat ke-9 daripada 21 rangkaian sosial, tetapi Twitter telah menjadi kegemaran antara pengguna dari segi kesederhanaan dalam penggunaan. Rangkaian sosial lain mengikut kedudukan adalah Facebook, Whatsapp, Facebook Messenger, QQ, Wechat, QZone, Tumblr, Instagram, Twitter, Baidu Tieba, Skype, Sina Weibo, Viber, LINE, Snapchat, yy, Linkedln, Vkontake, Pinterest, BBM dan Telegram. Adalah jelas bahawa rangkaian sosial yang lain tidak digunakan di Malaysia. Oleh itu Twitter telah menjadi pilihan pengguna setiap hari. 
                Berdasarkan “expandedramblings.com”, terdapat 313 juta pengguna Twitter yang berdaftar. Tambahan pula, terdapat 120 juta pelawat-pelawat bulanan yang menggunakan “Twitter.com” melalui komputer meja dan telefon bimbit serta lebih kurang 500 juta jumlah purata pelawat bulanan Twitter yang tidak log masuk. Walau bagaimanapun, pada 2013, terdapat 100 juta pengguna harian Twitter aktif di dunia (expandedramblings.com). Walaupun pengguna Twitter antara pengguna teknologi telah dilihat ketinggalan jika dibandingkan dengan Facebook, pengguna mendapati Twitter telah membantu mereka dalam pelbagai aspek. Pendedahan variasi teknologi berbeza juga membantu para pengguna dalam proses pembelajaran (Normaliza Abd Rahim, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi & Awang Azman Awang Pawi, 2017).  







Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)

Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...