Rabu, 29 April 2020
BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)
Assalamualaikum wbt. saya ingin kongsikan sedikit cerita tentang saya dan permulaan memasuki Universiti Putra Malaysia. Dipersilakan untuk saudara, saudari baca:
BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
BAHAGIAN A: STRATEGI KESOPANAN
Brown & Levinson
(1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown &
Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori
asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian
kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson
(1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti
kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan
dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson
(1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten
mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk
Kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan
pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif
pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki.
Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan
(Rajah 3): bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record
(tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang
mengancam itu.
STRATEGI
KESOPANAN
|
|
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
|
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya
tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu
tidak keberatan.
|
Kesopanan Negatif
mungkin dia yang mengambil kotak itu,
mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak
diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak
dibenarkan.
|
Off-record
Wah,
semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal
betul harga kasut di sini.
Cantik
baju kamu.
|
Rajah
3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
BAHAGIAN B: Ringkasan cerita sosial 2
Cerita sosial 2 yang bertajuk
'saya yang istimewa' dalam buku kajian wacana dan strategi komunikasi
karya Normaliza Abd Rahim (2019). Cerita ini mengisahkan tentang Alim dan
keluarganya Alim. Bapa Alim tahu anak-anaknya sangat menyukai buah-bauahan.
Bapa Alim pergi ke pasar tani untuk membeli buah-buahan kepada mereka semua.
Selepas membeli buah-buahan, bapa Alim pulang ke rumah untuk berkumpul dengan
keluarga.
Bapa
Alim memanggil abang Imran, kak Madinah, Alim dan Aisyah untuk menjamu
buah-buahan. Terdapat buah rambutan, buah durian, buah manggis, langsat, duku
dan banyak lagi. Alim dan abang teruja melihat banyak buah-buahan yang ayah
beli. Alim bertanya kepada ayah di manakah ayahnya membeli buah-buahan itu.
Ibu menyediakan bakul untuk
tempat membuang kulit buah-buahan yang telah dimakan nanti. Ibu menyuruh Alim
mengambil plastik sampah. Ibu berpesan supaya jangan makan bersepah. Selepas
itu, Alim menanyakan ibu bahawa dia ingin memberikan Sulaiman sedikit
buah-buahan. Sulaiman merupakan jiran mereka. Alim sangat mentaati percakapan
dan suruhan ibunya. Memang Alim seorang anak yang baik.
Ibu memberitahu Alim bahawa
Sulaiman ada di rumah. Alim terus pergi ke rumah Sulaiman untuk memberi
buah-bauahan. Mama Sulaiman sangat gembira dan memuji kebaikan Alim. Alim
selalu ingat pesan ibunya supaya sentiasa baik kepada semua orang. Alim
berkongsi rezeki dengan orang lain. Dia tidak ingin merasakan kegembiraan
berseorangan. Dia suka berkongsi apa sahaja kebaikan yang dia perolehi dengan orang
di sekelilingnya.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media
Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa
BAHAGIAN A: Peta Minda tentang Jenis Shot
BAHAGIAN B: Huraian kepentingan Rule of Thirds
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media
Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini
Pengenalan bab 2
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar
ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah
kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain
membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza
Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar
mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai
penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan
mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor &
Normaliza Abd Rahim, 2017)
Pada September 2016, terdapat lebih kurang 313 juta
pengguna Twitter dalam rangkaian sosial (statisca.com). walau bagaimanapun,
Twitter berada di tempat ke-9 daripada 21 rangkaian sosial, tetapi Twitter
telah menjadi kegemaran antara pengguna dari segi kesederhanaan dalam
penggunaan. Rangkaian sosial lain mengikut kedudukan adalah Facebook, Whatsapp,
Facebook Messenger, QQ, Wechat, QZone, Tumblr, Instagram, Twitter, Baidu Tieba,
Skype, Sina Weibo, Viber, LINE, Snapchat, yy, Linkedln, Vkontake, Pinterest,
BBM dan Telegram. Adalah jelas bahawa rangkaian sosial yang lain tidak
digunakan di Malaysia. Oleh itu Twitter telah menjadi pilihan pengguna setiap
hari.
Berdasarkan “expandedramblings.com”, terdapat 313 juta pengguna Twitter
yang berdaftar. Tambahan pula, terdapat 120 juta pelawat-pelawat bulanan yang
menggunakan “Twitter.com” melalui komputer meja dan telefon bimbit serta lebih
kurang 500 juta jumlah purata pelawat bulanan Twitter yang tidak log masuk.
Walau bagaimanapun, pada 2013, terdapat 100 juta pengguna harian Twitter aktif
di dunia (expandedramblings.com). Walaupun pengguna Twitter antara pengguna
teknologi telah dilihat ketinggalan jika dibandingkan dengan Facebook, pengguna
mendapati Twitter telah membantu mereka dalam pelbagai aspek. Pendedahan
variasi teknologi berbeza juga membantu para pengguna dalam proses pembelajaran
(Normaliza Abd Rahim, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi & Awang Azman Awang
Pawi, 2017).
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media
Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
PPT Bab 2 Multimedia dalam bahasa
Terima kasih Prof Normaliza kerana memberikan kami 10 markah iaitu markah penuh untuk penilaian pertengahan semester..Huhuu gembira tidak terkata.
Sabtu, 4 April 2020
BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG
Assalamualaikum, hari saya berasa teruja kerana Prof Dr Normaliza telah menyukai beberapa gambar yang saya telah post di Instagram saya. Terima kasih diucapkan kepada Prof kerana sudi melawat Instagram saya.
Langgan:
Catatan (Atom)
MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)
Assalamualaikum wbt kawan-kawan saya. Masih ingat pasal Alim??? Lirik lagu di bawah ini merupakan penceritaan tentang keseluruhan kehidupan ...

-
Nama saya Syahrudin bin Selamat. Saya berasal dari Kampung Sentosa, Batu 10, Sandakan, Sabah. Saya dilahirkan pada 1 Disember 1998...
-
Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) Strategi Pengelakan atau Pengurangan 1. Pengabaian/Peninggalan mesej...